Holy Prophet Muhammad (saw) said: "One, who gets up in the morning and is not concerned about the affairs of other Muslims, is NOT a Muslim."










PERGI JAHANNAM ZIONIS ...

PERGI JAHANNAM PERTENGKARAN SUNNI-SYIAH ...
" We Muslims are busy bickering over whether to fold or unfold our arms during prayer, while the enemy is devising ways of cutting them off " - Imam Khomeini.

Pages

Tuesday, May 17, 2011

DS Najib Dan Keamanan.....

Petikan dari Utusan 3/05/2011, menurut DS Najib ketiadaan Osama Laden diharapkan menjadi penyumbang kepada dunia yang lebih aman, selamat dan adil.

''Kematian Osama disambut gembira oleh rakyat AS dan negara-negara sekutunya. Tetapi mungkin berbeza dengan golongan yang bersimpati dengan perjuangan Osama.

Osama didakwa sebagai perancang serangan 11 September 2001 di AS, tindakan yang membawa kepada pencerobohan Washington di Afghanistan kerana rejim Taliban dipercayai melindungi ketua al-Qaeda itu.

Sekian lama tentera AS yang mengetuai operasi memburu Osama, gagal menjejakinya. Jika benar Osama telah berjaya dibunuh, apakah kematiannya itu mampu mengembalikan keamanan kepada masyarakat dunia?

Bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kematian pengasas al-Qaeda itu diharap akan membuatkan dunia akan menjadi lebih aman, selamat dan adil''.


Aman, selamat dan adil yang macam mana ? Kita tidak berasa aman kerana penjenayah kini lebih berani dan tidak mengira tempat dan masa untuk bertindak. Kita tidak berasa selamat kerana di tempat yang dikawal rapi pun boleh dirompak, apatah lagi di kediaman kita. Kita tidak berasa keadilan apabila kereta-kereta mewah bercermin gelap tak disaman. Apa pula kena mengena ini semua dengan Osama ?


Semalam, 17/05/2011 DS Najib berkomen lagi.

''Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan Israel menembak kapal bantuan kemanusiaan, MV Finch yang ditaja Malaysia pada awal pagi Isnin lalu sebagai tanda kezaliman rejim Tel Aviv terhadap rakyat Palestin.''

Takkanlah DS Najib baru tahu yang rejim Zionis tu zalim. Sebuta itukah PM aku ?

Wednesday, May 4, 2011

Doktor, Jururawat Bahrain DiDakwa

Seramai 24 doktor dan 23 jururawat dari Salmaniya Medical Complex didakwa di mahkamah tentera atas tuduhan terlibat dengan protes anti kerajaan.

Doktor dari Hak Asasi manusia berkata para doktor dan jururawat itu ditahan, didera atau hilang kerana mereka mempunyai bukti kekejaman yang dilakukan oleh pihak berkuasa, angkatan keselamatan dan polis rusuhan.

almanar

Kenapa pula Amerika berdiam diri tentang apa yang terjadi di Bahrain, dijawab oleh Osman Alaradi, seorang doktor dari Detroit, yaitu pemerintah Saudi dan Bahrain merupakan sekutu rapat AS. Setiap kekejaman dan kekerasan akan dilindungi. (' Alaradi: I think I should clearly differentiate between the American people and the government's behavior. You know it was obvious from the beginning that the US government would not do anything to condemn the Bahraini government. It's been more than two months now and we have seen not a single statement from the US against the government of Bahrain.

And the major thing that the US considers is that the Al-Khalilfa and the Al-Saud families are close allies of the US and they protect them and support whatever they do. '-www.islamtimes.org).

Pesawat Israel Berlatih Di Iraq, Iran Sudah Bersedia.

Jet pejuang Israel telah mengadakan latihan di base tentera Amerika di Iraq dalam persiapan menyerang Iran, demikian laporan Press TV Republik Islam Iran. Pesawat-pesawat yang terlibat seperti F15,F16,F18 dan F22 mengadakan latihan terutamanya sebelah malam, ini menurut risikan yang diterima dari kumpulan Muqtada Al Sadr. Tentera Iraq pula tidak terlibat di dalam latihan ini.

Komander Pengawal Revolusi Iran Brig Gen Mohammed Ali Safari berkata markas tentera AS dan Israel di timur tengah adalah dalam jangkauan peluru berpandu Iran dan Iran boleh bertindak balas pada bila-bila masa.

truthseeker

Monday, May 2, 2011

Apakah Osama Bin Laden Alat Yang Sudah Lusuh - Lalu 'DiBuang' ??

Ada yang mendakwa Osama Laden tidak lain hanya alat Amerika dan sekutunya untuk menceroboh negara ummat Islam atas alasan memburu Osama serta memerangi Al Qaeda dan terroris Islam. Setelah banyak negara Islam yang sudah diceroboh, maka peranan Osama menghampiri penghujungnya. Bagi mengabui mata dunia, Osama akhirnya benar-benar dibunuh untuk membuktikan kepada dunia yang Amerika dan sekutu memang serius memerangi keganasan. Teori yang mengatakan Osama alat Amerika yang sudah tidak diperlukan datang dari bekas pegawai tinggi keselamatan Pakistan General Hamid Gol. ( General Gol said killing bin Laden is not a great job as it was years ago, because bin Laden was a used card for the West's ominous goals in the Muslim countries and he was no more important in the campaign on terrorism, specially considering that the al-Qaeda is now stronger than the past and has even found strong footholds in Europe - FarsNews ).

Walaupun bagaimanapun, jika benar Osama telah terkorban, maka tiada lagi alasan bagi Amerika untuk menceroboh negara ummat Islam lagi dengan alasan memerangi keganasan.Jurucakap Kementrian Luar Iran Ramin Mehman-Parast berkata untuk memburu seorang individu sahaja tidak memerlukan kepada pencerobohan sesebuah negara yang akan menyebabkan ribuan nyawa akan terkorban.

FarsNews