Holy Prophet Muhammad (saw) said: "One, who gets up in the morning and is not concerned about the affairs of other Muslims, is NOT a Muslim."










PERGI JAHANNAM ZIONIS ...

PERGI JAHANNAM PERTENGKARAN SUNNI-SYIAH ...
" We Muslims are busy bickering over whether to fold or unfold our arms during prayer, while the enemy is devising ways of cutting them off " - Imam Khomeini.

Pages

Wednesday, November 28, 2012

Turki, Israel Berunding'

Menteri Luar Turki, Ahmet Davutogly pada 25 Nov lepas mengesahkan laporan tentang adanya perbincangan antara Turki dan Israel untuk memperbaiki hubungan dua hala mereka yang tercalar setelah serangan komando Israel terhadap Mavi Marmara yang mengorbankan 9 rakyat Turki pada 31 Mei 2010. Sebelum ini Turki dilihat sebagai hero umat Islam dalam menghadapi Israel, rupa-rupanya ..................



Wednesday, November 21, 2012

Warga Israel Terbunuh

Seorang tentera Israel dan seorang awam terbunuh dalam serangan balas menggunakan roket oleh pejuang Palestin di wilayah Eshkol pada Selasa lalu.



Sementara itu, seorang terbunuh dan 25 cedera apabila sebuah bas meletup di Tel Aviv hari ini. Polis Israel berkata bahan letupan telah ditinggalkan oleh seseorang dan kemudian beredar dari situ. Ia kemudian diletupkan dengan alat kawalan jauh. Kumpulan Jihad Islam mendakwa bertanggung jawab.









 Image from twitter.com  @Vostvitzech

Tuesday, November 20, 2012

Senjata Patut Dihantar Ke Gaza, Bukan Syria.


 Sayyed Nasrallah




Dalam satu kenyataan pada 19 Nov, setiausaha agung Hizbullah, Syed Hassan Nasrullah mengkritik negara-negara yang menghantar senjata untuk pemberontak Syria : " Di antara tugas terpenting adalah untuk membuka sempadan Gaza dan mengirim lebih banyak peluru berpandu kepada pejuang Palestin. Di mana negara-negara Arab yang menghantar senjata kepada pemberontak di Syria? Mereka tidak berani untuk mengirim walau satu 'tembakan' pun ke Gaza kerana di sana musuhnya adalah 'Israel'."

Monday, November 19, 2012

Roket Pejuang Palestin Dari Iran?

Begitulah teori dari perisikan  barat dan angkatan pertahanan Israel.

Fajr-5, peluru berpandu buatan Iran dipasang di Palestin selepas dihantar dari Iran melalui Sinai dan diseludup ke Gaza melalui terowong rahsia. Jihad Islam dan Hamas mendakwa membedil Israel menggunakan Fajr-5 tetapi menafikan menerimanya dari Iran, walaupun kedua-duanya merujuk Iran sebagai penyokong pejuang Palestin. 

''Kami menafikan menghantar Fajr-5 ke Palestin. Tuduhan ini cuba menggambarkan bahawa Pejuang Palestin adalah pertubuhan lemah yang tidak mampu menghasilkan senjata sendiri", demikian pegawai hal ehwal luar Iran sebagai berkata.

Menurut satu sumber perisikan Debkafile, sebuah kapal 150 tan bertolak dari pelabuhan Bandar Abbas pada Ahad 18 Nov, dengan membawa 220 buah peluru berpandu jarak dekat dan 50 buah Fajr-5 yang telah ditambah jarak sasarannya.



Pelabuhan Bandar Abbas