Holy Prophet Muhammad (saw) said: "One, who gets up in the morning and is not concerned about the affairs of other Muslims, is NOT a Muslim."










PERGI JAHANNAM ZIONIS ...

PERGI JAHANNAM PERTENGKARAN SUNNI-SYIAH ...
" We Muslims are busy bickering over whether to fold or unfold our arms during prayer, while the enemy is devising ways of cutting them off " - Imam Khomeini.

Pages

Saturday, June 29, 2013

Apabila Muncung Senjata Dihala Ke Syiah, Zionis Tersenyum Lega.

Salam. Terkini muncul seruan dari agamawan supaya ummat Islam memboikot produk dari Iran sebagai membantah pertolongan Iran pada Syria yang dilihat sebagai membantu rejim Asad menyembelih ummat Islam sunni di Syria. Benarkah Iran membantu Asad menyembelih sunni di Syria disebabkan kedua-duanya dari syiah? Jika kita mahu lihat krisis di Syria sebagai persengketaan mazhab dan penentang Asad sebagai pihak yang benar sebagai Islam sunni manakala pihak satu lagi sebagai pihak sesat syiah pengkhianat Islam, cuba lihat siapa pula pihak yang beria menyebelahi dan membantu penentang Asad? Kita akan lihat di sana AS di antara yang begitu mengambil berat akan penentang Asad. Bagi menyucikan fakta ini, kita pejamkan mata pada AS dan melihat pada negara Islam yang membantu pihak penentang maka kita akan melihat pada Arab Saudi dan Qatar di antaranya. Maka memujilah hati kecil pada negara2 ini akan usaha mereka membantu pihak penentang, diiringi fatwa2 dari kalangan agamawan akan wajibnya menyokong gerakan menentang Asad. Arab Saudi dan Qatar kini seperti hero Islam. Sebelum kita terus diperbodohkan, elok kita sedar dan celikkan mata bahawa di Arab Saudi sudah ujud pengkalan tentera AS yang digunakan untuk menyembelih ummat Islam...mengapa tiada seruan boikot terhadap produk dari Arab Saudi? Ketika kita disuruh patuh pada fatwa memboikot produk AS, ketika yang sama berjuta/billion wang dari Arab Saudi dan negara arab lain mengalir masuk ke AS bagi pembelian senjata..di mana suara Sheikh Yusuf Qardhawi? Arab Saudi dan Qatar dilihat negara Islam paling terkehadapan membantu militan di Syria, dan tidak mahu ketinggalan mencipta nama adalah Mesir yang diterajui ikhwanul muslimin pimpinan Presiden Morsi. Morsi melaungkan slogan anti Asad dan menggalakkan ummat menyertai militan di Syria bagi menjatuhkan Asad, akhirnya dia sendiri yang dijatuhkan oleh tentera Mesir. Hendaknya Morsi sedar negara Islam mana yang mengirim ucapan tahniah kepada pemimpin interim Mesir bagi menggantikan dirinya kalau bukan Arab Saudi serta Qatar, yang sama-sama berjuang menentang musuh utama mereka yang satu yaitu syiah. Syiahkah yang jatuhkan Morsi? Jika syiah yang jatuhkan Morsi, kenapa Arab Saudi ucap tahniah pada penentang Morsi sedang Arab Saudi dengan agamawannya yang berhaluan wahabi/salafi/takfiri begitu membenci syiah? Pada 5 July 2013, khutbah Jumaat di Masjid Al Hidayah telah menceritakan tragedi kejam di Mesir di mana seorang remaja ditolak dari tingkat 5 sebuah bangunan dan setelah jatuh dia dibelasah hingga terkorban, dan khatib cuba mengaitkan insiden ini dengan syiah yang menolak remaja itu yang sunni, walhal yang menolak itu adalah pro Morsi dan remaja itu sebelumnya telah melaungkan kata-kata yang menyokong penyingkiran Morsi (http://palestinianpundit.blogspot.ca/2013/07/video-morsi-supporters-throw-teens-off.html). Berapa ratus/ribu jemaah yang hadir yang besar kemungkinan menerima kenyataan khatib itu. Bagaimana konflik Syria dilihat sebagai konflik mazhab, sedang pelajar dari Malaysia yang sunni pun ada yang ke Syria untuk belajar agama dan berapa ramai mereka ini yang sudah disembelih? Kenapa pula tiba-tiba saja tahun 2011 syiah di Syria menyembelih orang sunni yang majoriti? Jika adapun kekejaman dari pihak Asad, maka ianya kekejaman dari seorang pemimpin diktator yang akan membuat apa saja pada yang mengancam kedudukannya .. kalau dilihat dari sudut ini, Arab Saudi dan negara Arab beraja yang lain tu pun kejam juga pada pihak yang membangkang kerajaan. Jika ada video dari youtube akan syiah sembelih sunni di Syria, ada juga video youtube yang militan penentang Asad di Syria membunuh orang awam yang sudah tentu sunni yang membawa erti sunni sembelih sunni. Militan ini akan membunuh siapa saja yang tidak sehaluan dengan mereka, apalagi rakyat yang pro Asad, dan jangan lupa pembunuhan Sheikh Said Ramadhan dilaksanakan setelah Yusuf Qardhawi ulama makan gaji di Qatar telah membuat kenyataan yang Sheikh Said Ramadhan telah sesat dari kebenaran. Militan2 ini hanya membawa kerosakan kepada Syria dan mereka kini sedang bertelagah sesama sendiri (http://www.newtimes.co.rw/news/index.php?i=15417&a=68611). Mereka inikah yang selama ini kita gelar mujahidin penyelamat Islam? Dan pada Khamis 18 July, militan telah menyerang sebuah sekolah di Homs berhampiran ad Dablan menyebabkan 3 orang awam terkorban. Sekolah ini dijadikan tempat perlindungan bagi mereka yang berpindah. Jihad apakah ini? Layakkah militan ini didoakan kejayaan mereka? Anda boleh google sendiri tindak tanduk mereka yang menyebabkan terkorbannya orang awam yang bukan sedikit (http://www.presstv.ir/detail/2013/07/18/314440/militants-shell-syria-school-3-killed/). 

Saturday, June 15, 2013

Golongan Takfiri Ancaman Pada Umat Islam

Salam

Sheikh Maher Hammoud, imam masjid al quds di Sidon menegaskan golongan takfiri merupakan ancaman kepada ummat Islam kerana mereka sanggup membunuh sesiapa sahaja yang berbeza pandangan dengan mereka. Baca sini.

Beliau berkata demikian beberapa hari selepas cubaan membunuhnya gagal. Dalam isu Syria, takfiri dirujuk sebagai golongan wahabi ekstrim.





 

Pemberontak Syria Alat AS Dan Israel.

Salam.

Presiden Mer C, Jose Rizal berpandangan pemberontak Syria secara sedar atau tidak sedang bekerjasama dengan AS dan Israel dalam strategi mereka menegakkan pemerintahan pro AS/Zionis di Syria. ( MER-C adalah pertubuhan yang bertujuan memberikan pelayanan medis untuk korban perang, kekerasan akibat konflik, kerusuhan, kejadian luar biasa, dan bencana alam di dalam maupun di luar negeri. Organisasi ini dibentuk di Jakarta, 14 Ogos 1999 oleh sekumpulan mahasiswa Universiti Indonesia yang berinisiatif melakukan tindakan medis untuk membantu korban konflik di Maluku, Indonesia Timur)

Tidak sukar untuk memahami percaturan yang sedang berlaku di Syria. Lihat siapa di pihak pemerintah Syria dan siapa di pihak pemberontak, maka di situ pun kita sudah hampir jelas tentang kemelut Syria. Kita bantah kezaliman rejim Asad, tapi kita tidak akan redha campurtangan AS/Zionis dalam menentukan halatuju Syria. "Yang mendukung pemerintahan Assad; Rusia, Cina, Iran dan Venezuela, dan yang mendukung pemberontak; Qatar, Arab Saudi, Turki, AS dan NATO, dan yang terpenting di mana posisi Israel?", demikian dinyatakan Jose Rizal. Anda boleh ikuti wawancara dengan Jose Rizal di sini.http://syiahali.wordpress.com/2013/06/13/pemberontak-suriah-dianggap-bekerjasama-dengan-israel-dan-amerika-serikat/