Holy Prophet Muhammad (saw) said: "One, who gets up in the morning and is not concerned about the affairs of other Muslims, is NOT a Muslim."










PERGI JAHANNAM ZIONIS ...

PERGI JAHANNAM PERTENGKARAN SUNNI-SYIAH ...
" We Muslims are busy bickering over whether to fold or unfold our arms during prayer, while the enemy is devising ways of cutting them off " - Imam Khomeini.

Pages

Monday, August 23, 2010

Kempen Amal Colgate - Mengabui Akal Ummat Islam Malaysia

Salaam ....

Seperti yang kita telah maklum, Colgate telah melancarkan kempen Mari Beramal nya. Berita tentangnya seperti di bawah :

Kempen amal Colgate


2010/08/18

Sasar kumpul RM120,000 untuk manfaat lebih banyak rumah kebajikan

COLGATE-PALMOLIVE Marketing Sdn Bhd (Colgate), jenama peneraju produk pergigian diyakini, hari ini melancarkan kempen Mari Beramal Bersama Colgate yang memasuki tahun ketiganya, di Rumah Ceria Colgate, bertempat di Kampung Budaya, Taman Pertanian Malaysia, Shah Alam.

Pengarah Urusan Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd, Issam Bachaalani, berkata pihaknya ingin memanfaatkan kedatangan Ramadan dengan mengumpul dana bagi membantu golongan yang memerlukan.
Tahun ini, kami mensasarkan untuk meningkatkan sumbangan, dan ia akan didermakan untuk tujuan pendidikan, keseluruhan kebajikan dan penyelenggaraan rumah anak yatim. Cita-cita ini mungkin tinggi, tetapi kami amat yakin dengan semangat dermawan rakyat Malaysia membantu kami mensasarkan jumlah berkenaan, katanya pada majlis pelancaran baru ini-ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Halijah Yahaya dan 100 kanak-kanak dari rumah kebajikan diundang sebagai tetamu istimewa pada majlis berkenaan. dan seterusnya .............................. petikan berita harian online


Dalam pada itu, kita jangan sama sekali lupa bahawa Colgate adalah salah satu penyumbang kepada rejim zionis, dan Persatuan Pengguna Islam pernah mengada kempen boikot produk Colgate suatu masa dahulu, seperti di bawah.



PELANCARAN KEMPEN BOIKOT TERPILIH PRODUK YAHUDI/MENYOKONG YAHUDI - COKE, STARBUCKS DAN COLGATE DI PERINGKAT NEGARA printer friendly <<>




Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM ) bersama NGO lain akan melancarkan Kempen Boikot Produk Terpilih Yahudi/Menyokong Yahudi – COKE,STARBUCKS,COLGATE peringkat Negara. Majlis pelancaran ini akan diadakan pada 9 Januari 2009 (Jumaat ) selepas solat Jumaat di perkarangan Masjid Negara.

Majlis Pelancaran Boikot Produk Yahudi/Berkaitan Yahudi peringkat Negara ini bertujuan bagi menggesa semua masyarakat pengguna di dalam Negara ini khususnya masyarakat pengguna Islam untuk memboikot produk terpilih milikan /menyokong Yahudi.

Ini bagi membantah kebiadapan, kezaliman Israel dan sekutunya ke atas rakyat Palestin. Masyarakat pengguna Islam di Negara ini harus turut serta dengan tidak menyokong produk terpilih ini bagi membantah kezaliman Israel dan sekutunya.

Rasional Kempen Boikot Terpilih adalah bagi memberikan kesan maksimum terhadap kempen boikot ini. Dengan menggunakan kuasa kepenggunaan iaitu dengan ‘hanya tidak membeli’ pengguna dapat melumpuhkan ekonomi syarikat terbabit dan menghantar isyarat yang jelas kepada Israel dan sekutunya Amerika Syarikat agar tidak menzalimi umat Islam di Palestin.

Kuasa Pengguna merupakan senjata terbaik dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja untuk menyuarakan bantahan berhubung tindakan kebinatangan Israel dan sekutunya tanpa mengira agama dan bangsa. PPIM telah lama memboikot produk – produk ini atas dasar sikap tidak berperikemanusiaan negara mereka terhadap umat Islam.

Kita perlu bertindakbalas dengan bijak kerana bantahan melalui memorandum dan perarakan tidak akan memberikan kesan langsung kepada kaum yang zalim ini.

PPIM bersama badan NGO lain berharap masyarakat pengguna Islam akan bersatu bagi mengajar kebiadapan Israel dan sekutunya. Kain rentang berhubung juga akan dipasang di Masjid Negara pada majlis pelancaran tersebut. Umat Islam dijemput hadir bagi menjayakan pelancaran boikot terpilih produk Yahudi/menyokong Yahudi ini pada majlis pelancaran tersebut.

PPIM juga menggesa HDC menarik balik sijil halal yang diberikan kepada syarikat terbabit kerana ia ‘tidak halal’ kepada umat Islam kerana produk milikan Yahudi /menyokong Yahudi tidak sepatutnya diberi pengiktirafan dan status ‘halal’ di Negara ini.

Industri serta premis perniagaan juga wajar turut serta di dalam kempen ini dengan tidak menggunakan serta menyenaraikan produk milikan Yahudi / menyokong Yahudi di premis perniagaan mereka. Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA ) telah lama tidak menjual COKE di rangkaian restoran milikan mereka bagi membantah kezaliman Israel dan sekutunya.

Pihak kerajaan dinasihatkan supaya menamatkan kontrak dengan syarikat milikan Amerika Syarikat bagi membantah kekejaman ini. Tindakan seperti ini perlu dimangkinkan dan pembabitan dengan syarikat di Negara ini perlu dihapuskan atau diminimakan semampu mungkin.

Pembabitan sepenuhnya masyarakat pengguna Islam amatlah diharapkan agar mampu untuk memberikan amaran jelas kepada Israel dan sekutunya supaya tidak terus menzalimi umat Islam.[END]

petikan berita PPIM


Harap kita jangan terpedaya dengan tipu daya syarikat2 ini yang telah kerugian besar setelah di pulau ummat Islam. Teruskan boikot Colgate .


No comments:

Post a Comment