24 April 1980, tarikh di mana kuasa kuffar Amerika menceroboh bumi Iran yang mana usaha itu berakhir dengan tragedi yang memalukan mereka. Ringkasnya seperti di bawah :
- misi : menyelamat dan membebaskan 52 tebusan di kedutaan Amerika di Teheran
- 8 helikopter terlibat. Dua terperangkap dalam ribut pasir yang mana satu darinya mendarat cemas dan satu lagi berpatah balik ke kapal pengangkut pesawat.
- selebih 6 helikopter berjaya mendarat di Desert One berhampiran padang pasir Tabas, yang merupakan pusat pertemuan pertama operasi yang diberi nama Operation Eagle Claw.
- dari 6 helikopter tersebut, satu mengalami kerosakan hidraulik.
- oleh kerana operasi ini memerlukan sekurang2nya 6 helikopter, komander memberi arahan operasi dibatalkan atas persetujuan Jimmy Carter.
- dalam perjalanan balik, satu helikopter terlanggar pesawat pengangkut Hercules C-130 yang membawa bahan api dan 8 anggota tentera. Kedua2nya musnah terbakar dan kesemua 8 anggota tentera terbunuh. Bangkai pesawat dan mayat2 ditinggalkan di padang pasir.
Semoga pertolongan Allah Taala sentiasa bersama ummat Islam, sunni dan syiah.
No comments:
Post a Comment