Dalam wawancara dengan stesyenn televisyen ABC, Ahmadinejad membantah laporan-laporan media massa yang mengatakan Usamah bin Ladin ada di Iran. "Sebenarnya, Usamah ada di ibukota AS, di Washington," kata Ahmadinejad dalam wawancara itu.
"Sebahagian orang meyakini bahawa dia berada di Washington. Saya fikir ada kemungkinan besar bahawa dia ada di sana," tukasnya.
Ahmadinejad menambahkan bahawa pada masa lalu, AS dan Usamah adalah teman "bisnes". "Anda tahu itu. Mereka bersama-sama menjalin perniagaan minyak. Usamah bin Ladin tidak pernah bekerjasama dengan Iran tapi bekerjasama dengan Tuan Bush (mantan presiden AS George W. Bush).
No comments:
Post a Comment