''Kematian Osama disambut gembira oleh rakyat AS dan negara-negara sekutunya. Tetapi mungkin berbeza dengan golongan yang bersimpati dengan perjuangan Osama.
Osama didakwa sebagai perancang serangan 11 September 2001 di AS, tindakan yang membawa kepada pencerobohan Washington di Afghanistan kerana rejim Taliban dipercayai melindungi ketua al-Qaeda itu.
Sekian lama tentera AS yang mengetuai operasi memburu Osama, gagal menjejakinya. Jika benar Osama telah berjaya dibunuh, apakah kematiannya itu mampu mengembalikan keamanan kepada masyarakat dunia?
Bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kematian pengasas al-Qaeda itu diharap akan membuatkan dunia akan menjadi lebih aman, selamat dan adil''.
Aman, selamat dan adil yang macam mana ? Kita tidak berasa aman kerana penjenayah kini lebih berani dan tidak mengira tempat dan masa untuk bertindak. Kita tidak berasa selamat kerana di tempat yang dikawal rapi pun boleh dirompak, apatah lagi di kediaman kita. Kita tidak berasa keadilan apabila kereta-kereta mewah bercermin gelap tak disaman. Apa pula kena mengena ini semua dengan Osama ?
Semalam, 17/05/2011 DS Najib berkomen lagi.
''Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan Israel menembak kapal bantuan kemanusiaan, MV Finch yang ditaja Malaysia pada awal pagi Isnin lalu sebagai tanda kezaliman rejim Tel Aviv terhadap rakyat Palestin.''
Takkanlah DS Najib baru tahu yang rejim Zionis tu zalim. Sebuta itukah PM aku ?
No comments:
Post a Comment