Holy Prophet Muhammad (saw) said: "One, who gets up in the morning and is not concerned about the affairs of other Muslims, is NOT a Muslim."










PERGI JAHANNAM ZIONIS ...

PERGI JAHANNAM PERTENGKARAN SUNNI-SYIAH ...
" We Muslims are busy bickering over whether to fold or unfold our arms during prayer, while the enemy is devising ways of cutting them off " - Imam Khomeini.

Pages

Sunday, October 31, 2010

Senjata Dirampas Datang Dari Iran.

Salam.

Tempat persembunyian senjata yang dirampas agen keselamatan Nigeria di barat negara itu tersimpan senjata yang datang dari Iran. Pegawai2 Israel mendakwa Iran cuba menyeludup senjata2 itu melalui Afrika untuk dihantar ke Gaza.

Duta Iran ke Nigeria, Hussein Abdullahi berkata tiada bukti jelas akan pembabitan Iran dengan senjata itu.

Untuk rujukan, anda boleh lawati http://www.jpost.com/International/Article.aspx?id=193335

Jika benar senjata2 itu dari Iran, bila lagi negara Mazhab Sunni nak kirim senjata ke Gaza ?

Salam.

Saturday, October 30, 2010

Penjaga Gunung Merapi Terkorban.

Salam.

Penjaga gunung Merapi , yang dilantik kerabat di raja Jawa bagi menahan gunung berapi itu dari meletus akhirnya terkorban. Tugasnya adalah mententeramkan semangat gunung itu supaya gunung itu tiidak meletup dengan melakukan berbagai upacara tradisi sejak bertahun2.

Perkara khurafat semacam ini di Indonesia kadang-kadang disalah ertikan sebagai satu kesaktian yang tidak langsung dikaitkan dengan aqidah Islam. Ada juga ummat Islam di Malaysia yang kagum dengan penjaga ini. Na'udzubillah.

Arab Saudi Rasa Terancam Oleh Iran ?

Salam.

Arab Saudi mencipta rekod pembelian senjata bernilai USD 60 billion dari Amerika Syarikat. Hal ini diumumkan olah Andrew Shapiro, pegawai Hal Ehwal Politik-Tentera.

Dalam pengumuman itu, di antara 2 perkara yang dinyatakan Andrew :

1) "Amerika komited dalam menjaga keselamatan rakan dan sekutu dari negara Arab." Siapa sebenarnya yang mengancam negara2 Arab sekutu Amerika? Apakah Israel jawapannya ?

2) " Israel dijangka tidak menentang penjualan senjata tersebut". Bermakna, bukanlah Israel yang digeruni Arab2 sekutu AS ini.

Pernah seorang pegawai kanan pertahanan berkata, ancaman ke atas Arab Saudi sekarang adalah Iran, Republik Islam bukan arab itu.

Apa yang semakin jelas kini, Arab Saudi adalah sekutunya AS manakala Israel melihat Arab Saudi tidak langsung menjadi ancaman. Manakala Iran pula semakin digeruni Arab2 penjilat AS.

Friday, October 29, 2010

Peranan Agensi Perisikan Melagakan Dua Mazhab Islam.

Salam.

Dr Michael Brant, bekas orang kuat agensi perisikan Amerika, yang telah disingkir akibat penyelewengan, telah mendedahkan akan perancangan mereka dalam memecahbelahkan ummat Islam, yaitu mewujudkan api permusuhan di antara sunni dengan syiah.
Hingga kini, kita dari sunni menganggap syiah adalah musuh sama seperti Amerika dan Zionis. Betapa berjayanya agensi ini dalam mencapai matlamat mereka.

Anda boleh ke link di bawah untuk pembacaan lanjut.

http://pakalert.wordpress.com

Thursday, October 28, 2010

Kelahiran Nabi Musa as dan Kemunculan Imam Mahdi.

Salam.

Penganiayaan dan pembantaian kaum musyrikin terhadap negara Islam dan ummatnya telah sama-sama kita maklum. Jika kita fokuskan di Timur Tengah dan Asia Tengah, apabila di ajukan soalan kenapa negara dan ummat Islam diserang maka di antara jawapannya ialah menyekat kebangkitan Islam. Mengikut teori yang baru ditemui, menyekat kebangkitan Islam itu dikaitkan dengan kemunculan Imam Mahdi.

Melalui Al Quran dan Hadits musuh Islam tahu di mana kekuatan ummat Islam. Dengan Al Quran dan hadits juga mereka tahu akan kemunculan Imam Mahdi, sifatnya, keturunannya, tempat di mana dia akan muncul. Setiap yang menjadi faktor kekuatan Islam, setiap yang menjadi alamat petanda kemunculan Imam Mahdi, akan dihancurkan.

“Al-Mahdi berasal dari anak cucuku, dari keturunan Fatimah.”
(Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim)

Mengikut logik mereka, Imam Mahdi kemungkinan akan muncil di Iraq atau Afghanistan. Maka kita lihat sendiri setelah Iraq dan Afghanistan diserang, tentera-tentera kuffar masih kekal di sana, apalagi kalau bukan untuk memantau tanda2 kemunculan Imam Mahdi.

Teringat pada kisah Firaun yang membunuh setiap bayi lelaki bagi menghalang kemunculan seorang Nabi, Musa as.

ibnuyaacob.com


Tuesday, October 5, 2010

Panduan Beli Ikan Keli

Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal

Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam,
bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak
halal untuk umat Islam)


* Kepala berbentuk 'V'


* Bentuk badan mirip torpedo


* Badan berwarna hitam berkilat


* Bahagian bawah badan berwarna putih melepak


* Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning


* Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak

Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung
ikan,
kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang
dan
vitamin)


* Kepala berbentuk 'U'


* Bentuk badan tirus


* Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat


* Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu


* Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan
badan


* Digoreng tidak meletup


terima kasih iratomel@yahoo.com