Holy Prophet Muhammad (saw) said: "One, who gets up in the morning and is not concerned about the affairs of other Muslims, is NOT a Muslim."










PERGI JAHANNAM ZIONIS ...

PERGI JAHANNAM PERTENGKARAN SUNNI-SYIAH ...
" We Muslims are busy bickering over whether to fold or unfold our arms during prayer, while the enemy is devising ways of cutting them off " - Imam Khomeini.

Pages

Monday, June 27, 2011

Khatib Masjidil Aqsa Selar Negara Arab.

Salam.

Imam/Khatib Masjidil Aqsa memberi amaran tentang rencana rejim zionis untuk mengyahudikan Baitul Maqdis.

Beliau juga membidas pemimpin-pemimpin negara Arab kerana berdiam diri terhadap rencana Zionis ini. Dengan sikap pasif dan berdiamdiri dunia Arab dan Islam menyebabkan rejim Zionis melaksanakan rencana mereka dengan bebas tanpa dipersoalkan masyarakat dunia.




farsnews 27/6/2011

Kuliah Subuh 26/6/2011 Surau ArRahman Kastam WP.

Salam. Kuliah Subuh menyentuh tentang Isra' Mi'raj/roh.


KulSbhSruKstm.wav

Khutbah Masjid Subang Airport 24/6/2011.

Salam. Khutbah dan tazkirah oleh Ust Nazri Din. Maaf audio kurang memuaskan.


KhutbahNazriDinMsjdAport.wav


TazkirahNazriDinMsjdAport.wav

Wednesday, June 22, 2011

Applkasi Apple DiBantah Israel

Israel telah membantah applikasi handphone yang dihasilkan syarikat gergasi Apple Company. Applikasi yang boleh didownload dari App Store itu diberi nama 'Third Intifada'.
Applikasi ini beroperasi pada IPhone mengandungi item-item tentang Paelstin dan pencerobohan Israel, gambar-gambar rakyat Palestin yang dibunuh Israel, sejarah Palestin dan berbagai-bagai lagi.

Menteri Komunikasi Israel, Yuli Edelstein membantah applikasi tersebut dan telah mengutus surat kepada Steve Jobs selaku ketua nombor satu Apple supaya applikasi itu disingkirkan. Edelstein menyifatkan applikasi itu sebagai anti-Israel dan anti-zionis.


Apple company approves “Third Intifada” App

www.qassam.ps

Monday, June 20, 2011

Bekas Ketua Mosad DiArah Kembalikan Paspot.

Bekas Ketua Perisikan Israel, Meir Dagan diarah mengembalikan paspot diplomatiknya setelah dia membuat kritikan terhadap pendirian Israel tentang projek nuklear Iran.

Dia menyatakan serangan udara Israel terhadap projek nuklear Iran sebagai suatu perkara paling bodoh pernah didengar.

Petikannya : “the stupidest thing I have ever heard” and a “dumb idea”.



thetruthseeker

Thursday, June 2, 2011

Ahmadinejad sifatkan AS, Israel Musuh Sebenar.

Presiden Iran menegaskan dasar yang dicipta Amerika dan Israel sebagai punca ketidakstabilan dan tidak amannya rantau itu. Baca selanjutnya.





Di Malaysia, pemimpin negara melahirkan rasa gembira kerana akhirnya Amerika Syarikat membenarkan tentera Malaysia menyertai latihan ketenteraan Cobra Gold bersama Thailand dan Singapura. Baca selanjutnya.

AS, Arab Saudi Hantar Skuad Pembunuh Ke Iraq?

Sumber keselamatan Iraq mendedahkan tentang adanya pakatan AS dan Arab Saudi untuk membunuh pegawai dan ulama' dari mazhab syiah.

Hal ini diketahui hasil siasatan keatas suspek yang ditahan dalam serangan pengganas baru-baru ini yang menyebabkan kematian Ali al-Lami, ketua jawatankuasa anti-baath (parti Saddam). Sasaran mereka adalah pegawai dan ilmuan syiah dan juga mereka yang dari sunni yang didapati bekerjasama dengan kumpulan syiah.

fars 1 june

Tuesday, May 17, 2011

DS Najib Dan Keamanan.....

Petikan dari Utusan 3/05/2011, menurut DS Najib ketiadaan Osama Laden diharapkan menjadi penyumbang kepada dunia yang lebih aman, selamat dan adil.

''Kematian Osama disambut gembira oleh rakyat AS dan negara-negara sekutunya. Tetapi mungkin berbeza dengan golongan yang bersimpati dengan perjuangan Osama.

Osama didakwa sebagai perancang serangan 11 September 2001 di AS, tindakan yang membawa kepada pencerobohan Washington di Afghanistan kerana rejim Taliban dipercayai melindungi ketua al-Qaeda itu.

Sekian lama tentera AS yang mengetuai operasi memburu Osama, gagal menjejakinya. Jika benar Osama telah berjaya dibunuh, apakah kematiannya itu mampu mengembalikan keamanan kepada masyarakat dunia?

Bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kematian pengasas al-Qaeda itu diharap akan membuatkan dunia akan menjadi lebih aman, selamat dan adil''.


Aman, selamat dan adil yang macam mana ? Kita tidak berasa aman kerana penjenayah kini lebih berani dan tidak mengira tempat dan masa untuk bertindak. Kita tidak berasa selamat kerana di tempat yang dikawal rapi pun boleh dirompak, apatah lagi di kediaman kita. Kita tidak berasa keadilan apabila kereta-kereta mewah bercermin gelap tak disaman. Apa pula kena mengena ini semua dengan Osama ?


Semalam, 17/05/2011 DS Najib berkomen lagi.

''Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan Israel menembak kapal bantuan kemanusiaan, MV Finch yang ditaja Malaysia pada awal pagi Isnin lalu sebagai tanda kezaliman rejim Tel Aviv terhadap rakyat Palestin.''

Takkanlah DS Najib baru tahu yang rejim Zionis tu zalim. Sebuta itukah PM aku ?

Wednesday, May 4, 2011

Doktor, Jururawat Bahrain DiDakwa

Seramai 24 doktor dan 23 jururawat dari Salmaniya Medical Complex didakwa di mahkamah tentera atas tuduhan terlibat dengan protes anti kerajaan.

Doktor dari Hak Asasi manusia berkata para doktor dan jururawat itu ditahan, didera atau hilang kerana mereka mempunyai bukti kekejaman yang dilakukan oleh pihak berkuasa, angkatan keselamatan dan polis rusuhan.

almanar

Kenapa pula Amerika berdiam diri tentang apa yang terjadi di Bahrain, dijawab oleh Osman Alaradi, seorang doktor dari Detroit, yaitu pemerintah Saudi dan Bahrain merupakan sekutu rapat AS. Setiap kekejaman dan kekerasan akan dilindungi. (' Alaradi: I think I should clearly differentiate between the American people and the government's behavior. You know it was obvious from the beginning that the US government would not do anything to condemn the Bahraini government. It's been more than two months now and we have seen not a single statement from the US against the government of Bahrain.

And the major thing that the US considers is that the Al-Khalilfa and the Al-Saud families are close allies of the US and they protect them and support whatever they do. '-www.islamtimes.org).