Ahli Parlimen Iran memberi amaran bahawa Iran akan mengenakan sekatan ekonomi ke atas UAE sekiranya mereka terus bersikap tidak diplomatik terhadap Iran.
Kenyataan ini sebagai membalas kenyataan dari Menteri Luar UAE supaya Iran tidak campur tangan dalam kemelut Bahrain.
''UAE sepatutnya memberi penjelasan bagaimana kutukan kita terhadap pembunuhan rakyat Bahrain dilihat sebagai campurtangan sedangkan kemasukan tentera asing ke Bahrain tidak dilihat sebagai campurtangan''.
''Tuduhan bahawa Iran campurtangan dalam isu Bahrain merupakan ciptaan Amerika untuk menutupi mata dunia tentang pencerobohan tentera Saudi di Bahrain'', demikian dinyatakan Zohreh Elahian.

No comments:
Post a Comment