Fajr-5, peluru berpandu buatan Iran dipasang di Palestin selepas dihantar dari Iran melalui Sinai dan diseludup ke Gaza melalui terowong rahsia. Jihad Islam dan Hamas mendakwa membedil Israel menggunakan Fajr-5 tetapi menafikan menerimanya dari Iran, walaupun kedua-duanya merujuk Iran sebagai penyokong pejuang Palestin.
''Kami menafikan menghantar Fajr-5 ke Palestin. Tuduhan ini cuba menggambarkan bahawa Pejuang Palestin adalah pertubuhan lemah yang tidak mampu menghasilkan senjata sendiri", demikian pegawai hal ehwal luar Iran sebagai berkata.
Menurut satu sumber perisikan Debkafile, sebuah kapal 150 tan bertolak dari pelabuhan Bandar Abbas pada Ahad 18 Nov, dengan membawa 220 buah peluru berpandu jarak dekat dan 50 buah Fajr-5 yang telah ditambah jarak sasarannya.
Pelabuhan Bandar Abbas

No comments:
Post a Comment